Jumaat, 20 Mei 2016

2.2 Salinan Sandar


Terdapat 3 jenis salinan sandar:
  1. Sandaran Pelbagai - Membuat 2 atau lebih salinan untuk mengelakkan kehilangan atau kerosakan semua fail.
  2. Sandaran Pintar - Membuat salinan sandar hanya bila terdapat perubahan pada fail.
  3. Sandaran Masa - Membuat salinan sandar berdasarkan masa yang ditetapkan.

Khamis, 19 Mei 2016

2.2 Mengoptimakan Prestasi Komputer

PC apabila kotor akan:

  • tidak berfungsi dengan lancar.
  • Komponen dalaman mungkin akan rosak.
Virus

Virus ialah program yang merosakkan atau mengubah data dan tersebar kepada komputer-komputer lain.

3 cara transmisi virus:
  • Melalui peranti storan.
  • Memuat turun perisian atau fail.
  • Melalui rangkaian.
Antivirus boleh digunakan untuk:
  • Mencari dan menghapuskan virus.
  • Menghalang virus daripada merosakkan data.

2.1 Sambungan PC








2.1 Perkara-perkara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Terhadap PC dan Kaedah Pemindahan

Persekitaran PC

  • Faktor persekitaran boleh menyebabkan kerosakan PC. Contohnya:
    • Kehilangan data,
    • Kerosakan pada peralatan,
    • Penghakisan

Perkara-perkara yang boleh dilakukan.
  • Tempatkan PC di kawasan yang sejuk dan kering untuk mengurangkan kepanasan.
  • Biarkan penutup terbuka.
  • Jangan letakkan PC berdekatan sumber api.
  • Suhu ideal ialah di antara 15 - 24 darjah C

Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan terhadap PC
  • Jauhkan daripada peralatan-peralatan yang mempunyai gangguan elektromagnetik.

Kaedah Pemindahan PC
  • Buat salinan sandar terlebih dahulu.
  • Cabut semua sambungan.
  • Masukkan komponen ke dalam kotak yang bersesuaian.
  • Pastikan CD dan disket tidak berada didalam PC.
  • Jauhkan benda tajam daripada VDU (monitor).
  • Jauhkan semua benda daripada berada di atas papan kekunci.