DEC2013 Basic ICT Topic 1

1.1 Komputer Sebagai Asas Kepada ICT - Apa Itu Komputer?

Komputer adalah alat elektronik, beroperasi di bawah kendalian pengaturcaraan yang disimpan di dalam memori.

Definisi

  • Pengaturcaraan: Proses membuat aturcara komputer.
  • Memori: Bahagian dalam komputer yang menyimpan maklumat.

1.1 Komputer Sebagai Asas ICT - Apakah ICT (Information Communication Technology)?

Menekankan peranan penyatuan komunikasi dan integrasi telekomunikasi, komputer, perisian tengah dan perisian lain yang diperlukan, storan dan sistem audio-visual, yang membolehkan pengguna merekacipta, mengakses, menyimpan, memancarkan, dan memanipulasi maklumat.
Dalam erti kata lain, ICT melibatkan IT dan juga telekomunikasi, media penyiaran, semua jenis pemprosesan audio dan video dan transmisi dan kawalan dan pemantauan berasaskan rangkaian.
Definisi

Perisian Tengah (Middleware):

"Perisian yang menghubungkan satu komponen perisian dengan lebih daripada dua komponen perisian yang lain. Hal ini bermakna, perisian tengah mewujudkan antara muka bagi perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian ini mengandungi set perkhidmatan yang membenarkan gandaan proses dilaksanakan pada satu atau lebih daripada satu komputer dalam satu rangkaian. Teknologi ini terus berkembang bagi menyediakan saling kendalian sejajar dengan konsep seni bina teragih yang menyokong dan mempermudahkan aplikasi teragih yang kompleks. Alat yang terlibat dalam perisian tengah ialah pelayan web, pelayan aplikasi dan alat yang menyokong pembangunan dan penghantaran aplikasi. Perisian ini membolehkan sistem yang berasaskan XML, SOAP, perkhidmatan web dan seni bina berorientasikan perkhidmatan digabungkan."

1.1 Komputer Sebagai Asas ICT - Kategori Pengguna


1.1 Komputer Sebagai Asas ICT - Pro dan Kontra


1.1 Komputer Sebagai Asas ICT - Pengkomputeran Mesra Alam

Pengkomputeraan mesra alam melibatkan pengurangan penggunaan elektrik dan bahan sisa buangan industri yang dihasilkan oleh komputer.
Strategi termasuk:
  • Kitar semula
  • Mengawalaturan proses-proses perkilangan
  • Memanjangkan hayat komputer
  • Menderma atau membuang komputer yang digantikan dengan teratur dan betul.

1.2 Perkakasan Komputer dan Fungsinya.

Komputer terdiri daripada pelbagai peralatan elektrik, elektronik, dan komponen mekanikal. Di bawah ini adalah kategori-kategori peranti komputer.
Contoh peranti input: Tetikus, papan kekunci, skrin sentuh, kamera, dan mikrofon.
Contoh peranti output: Monitor, pembesar suara, dan projektor.
Contoh unit sistem: Mikroprosessor, RAM, ROM, CMOS, dan unit pemprosesan grafik (GPU).
Contoh peranti storan: Cakera keras, CD-ROM, pendrive, dan kad memori.
Contoh peranti komunikasi: Wi-Fi router, kad rangkaian, dan modem.
 

1.3 Asas Perisian Komputer

Perisian, dikenali juga sebagai program, memberikan arahan kepada komputer tugas yang perlu dilakukan dan kaedah melakukannya.
Kategori perisian di dalam kursus ini dibahagikan kepada:
  • Perisian sistem.
    • Sistem pengoperasian.
    • Program utiliti.
  • Perisian aplikasi.
Perisian perlulah terlebih dahulu dipasang atau dimuatkan ke dalam komputer sebelum dapat digunakan. Proses ini dipanggil installing yang kata asasnya datang daripada perkataan install. Install boleh diterjemahkan sebagai pasang atau pemasangan di dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, installing didefinisikan sebagai proses mengeset perisian supaya mampu berfungsi dengan komputer, pencetak, dan perkakasan yang lain.
 

1.4 Asas Rangkaian Komputer

Rangkaian adalah koleksi komputer dan peralatan atau peranti yang bersambung, selalunya secara wayarles, melalui alat komunikasi dan transmisi media.

Internet adalah koleksi rangkaian satu dunia yang menghubungkan jutaan perniagaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan individu.

Sebab penggunaan Internet antaranya ialah:

  • Berkomunikasi.
  • Kajian dan Akses Information.
  • Membeli-belah.
  • Perbankan dan pelaburan.
  • Perdagangan dalam talian.
  • Hiburan.
  • Memuat turun video.
  • Berkongsi maklumat.
  • Aplikasi Web.
Laman sosial menggalakkan ahli-ahlinya berkongsi minat, idea, kisah, gambar, muzik, dan video-video dengan ahli berdaftar yang lain.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan