DEC2013 Basic ICT Topic 3

Internet dan Jaringan Sejagat


3.1 Evolusi Internet

Internet ialah koleksi rangkaian sedunia yang menghubungkan jutaan perniagaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan individu.

Internet bermula sebagai ARPANET pada September 1969 mempunyai dua sasaran utama:
  • Membolehkan saintis di lokasi yang berlainan untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama.
  • Masih berfungsi walaupun rangkaian tersebut di lumpuhkan atau di musnahkan oleh bencana alam.
 
Adapted from Discovering Computers 2011: Living in a Digital World Chapter 2


Pembekal akses Internet ialah perniagaan yang memberikan individu dan organisasi akses kepada Internet secara percuma atau berbayar.

ISP (Pembekal Servis Internet)
  • Membekal servis Internet kepada kawasan yang spesifik.
WISP (Pembekal Servis Internet Tanpa Wayar)
  • Membekal servis Internet kepada komputer dan peranti mobil.
  • Memerlukan modem tanpa wayar. Contonhnya, modem jalur lebar (3G atau 4G).
OSP (Pembekal Servis Online)
  • Mempunyai ciri yang hanya boleh di gunakan oleh ahli.

Alamat IP ialah nombor yang mengenalpasti setiap peranti di Internet.

Nama domain ialah versi perkataan alamat IP.
  • Top-level domain (TLD).
Pelayan DNS menukar nama domain kepada alamat IP.

Adapted from Discovering Computers 2011: Living in a Digital World Chapter 2

 
3.2 Jaringan Sejagat

Jaringan sejagat ialah koleksi dokumen electronic di seantero dunia.

Laman web ialah dokumen elektronik yang berkaitan dengan satu sama lain.

Pelayan web ialah komputer yang menghantar laman web yang diminta oleh komputer anda.

Web 2.0 merujuk kepada laman web yang interaktif.

Pelayar web membolehkan pengguna mengakses laman web dan program Web 2.0.

Hompej ialah laman pertama yang setiap laman web paparkan.

Laman mempunyai pautan ke dokumen elektronik yang lain.

Muat turun ialah proses menerima maklumat.

Sesetengah laman web di reka khas untuk pelayar web telefon pintar.

Setiap laman web mempunyai alamat web.

Dua kategori alat pencari ialah enjin pencari dan direktori.
  • Enjin pencari
    • Membantu dalam mencari maklumat spesifik.
  • Direktori
    • Mengkategorikan laman web.

Penerbitan web ialah pembinaan dan penyelenggaraan laman-laman web.



Adapted from Discovering Computers 2011: Living in a Digital World Chapter 3

  1. Membuat perancangan.
  2. Menganalisa isi dan mereka laman web.
  3. Membina laman web.
  4. Mengatur laman web.
  5. Menyelenggara laman web.

E-niaga ialah transaksi perniagaan melalui rangkaian elektronik.
  • "M-commerce" dicamkan sebagai e-niaga yang berlalu melalui peranti mobil. 
  • B-2-C: Perniagaan kepada pengguna.
  • B-2-B: Perniagaan kepada perniagaan.
  • C-2-C: Pengguna kepada pengguna.

3.3  Perkhidmatan Internet

E-mel ialah transmisi mesej dan fail melalui rangkaian komputer.

Program e-mel membolehkan e-mel di buat, di hantar, di terima, di simpan, di cetak dan di buang.

Pengmesejan instan (IM) ialah servis komunikasi Internet masa sebenar.

Chat ialah perbualan masa sebenar yang berlaku di komputer.

Bilik chat ialah lokasi di pelayan Internet yang membolehkan pengguna chat dengan satu sama lain.

VoIP (Suara melalui IP) membolehkan pengguna untuk bercakap dengan pengguna lain melalui Internet.
  • Juga di kenali sebagai telefoni Internet.
"Newsgroup" ialah ruang di talian di mana pengguna melakukan diskusi bertulis tentapang subject tertentu.
  • Biasa memerlukan "newsreader".
Papan mesej ialah kumpulan diskusi berasaskan web.

FTP (Protokol Perpindahan Fail) ialah piawai Internet yang membolehkan muat ke atas dan muat turun daripada komputer lain di Internet.
  • Kebanyakan sistem pengoperasian mempunyai kemampuan FTP.
  • Pelayan FTP ialah komputer yang membenarkan pengguna untuk memuat ke atas atau muat turun menggunakan FTP.
Netiquette kod tingkah laku yang boleh di terima di Internet.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan