Rabu, 17 Februari 2016

1.1 Komputer Sebagai Asas ICT - Apakah ICT (Information Communication Technology)?

Menekankan peranan penyatuan komunikasi dan integrasi telekomunikasi, komputer, perisian tengah dan perisian lain yang diperlukan, storan dan sistem audio-visual, yang membolehkan pengguna merekacipta, mengakses, menyimpan, memancarkan, dan memanipulasi maklumat.

Dalam erti kata lain, ICT melibatkan IT dan juga telekomunikasi, media penyiaran, semua jenis pemprosesan audio dan video dan transmisi dan kawalan dan pemantauan berasaskan rangkaian.



Definisi

Perisian Tengah (Middleware):

"Perisian yang menghubungkan satu komponen perisian dengan lebih daripada dua komponen perisian yang lain. Hal ini bermakna, perisian tengah mewujudkan antara muka bagi perisian aplikasi dan perisian sistem. Perisian ini mengandungi set perkhidmatan yang membenarkan gandaan proses dilaksanakan pada satu atau lebih daripada satu komputer dalam satu rangkaian. Teknologi ini terus berkembang bagi menyediakan saling kendalian sejajar dengan konsep seni bina teragih yang menyokong dan mempermudahkan aplikasi teragih yang kompleks. Alat yang terlibat dalam perisian tengah ialah pelayan web, pelayan aplikasi dan alat yang menyokong pembangunan dan penghantaran aplikasi. Perisian ini membolehkan sistem yang berasaskan XML, SOAP, perkhidmatan web dan seni bina berorientasikan perkhidmatan digabungkan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan